Sunday, July 11, 2010

INFO



Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam(atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun). Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,

Alang-alang celup pekasam, biar sampai takat lengan.

Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909,

Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan sepat merupakan pilihan utama.

Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.

Rujukan : Wikipidia


IKAN KELI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya diMalaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini,Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar diPaloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

IKAN HARUAN

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram

Saturday, July 10, 2010

IKAN LAMPAM

Ikan Lampam terbahagi 2 jenis iaitu Ikan Lampam Sungai dan ikan Lampam Jawa. Ikan ini telah dibawa masuk ke negara kita daripada Indonesia sebagai ikan makanan sama seperti ikan yang diimport dari China iaitu kap rumput, kap perak dan sebagainya. Lampam jawa biasanya ditemui di dalam kolam ternakan dan perairan yang pernah terdapat aktiviti akuakultur. Sesetengah ikan mungkin terlepas ke dalam sungai semasa banjir ataupun sengaja dilepaskan. Lampam Jawa amat mudah dipancing dan boleh membesar sehingga 2.5 kg. Lampam Jawa adalah spesies herbivor, jadi dedak dan roti adalah makanan terbaik.

IKAN TILAPIA


Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologitilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air paya bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia



HARGA IKAN PEKASAM PELBAGAI JENIS:

Ikan Sepat

500gm RM15.00
1kg RM28.00


Ikan Talapia , Ikan Lampam

500gm RM7.50
1 kg RM15.00


Ikan Haruan, Ikan Keli, Ikan Puyu

500gm RM12.00
1 kg RM23.00


Nota : Harga diatas tidak termasuk bayaran penghantaran


KAEDAH PEMBAYARAN:

Pihak Santapan Desa menyediakan beberapa langkah untuk memudahkan urusan pembayaran dan menerima urusan pembayaran secara perbankan talian (online).

LANGKAH 1

Butiran Pembayaran

Lakukan pembayaran menggunakan kaedah Cash Deposit :

Nama : Mohamad Naim b.Mohd Yasir @ Mohd Nasir

Akaun Bank CIMB :



LANGKAH 2:

Arahan Pengesahan Bukti Bayaran

Pastikan anda melakukan pengesahan terhadap pembayaran anda. Sila emailkan butiran tempahan anda serta bukti pembayaran anda kepada pihak kami untuk membolehkan kami mengesan pembelian anda dan juga menghantar buku yang ditempah.

Untuk memudahkan urusan penghantaran buku, sila sertakan :

a) Nama Penuh :

b) Alamat Penghantaran :

b) Alamat Email :

c) No.Telefon :

d) Jumlah Bayaran :

e) Kaedah Pembayaran :

f) Tarikh Pembayaran :

g) Masa Pembayaran :

h) Bukti Transaksi Pembayaran & Pesanan Tambahan :


PENTING

Pihak Santapan Desa hanya akan membuat penghantaran setelah menerima semua perkara daripada LANGKAH 2

Terima kasih kerana berurusan secara online di Santapan Desa. Jika ada sebarang masalah sila hubungi

santapandesa@gmail.com

Friday, July 9, 2010

KOLEKSI ANEKA MASAKAN IKAN PEKASAM

Resepi: Ikan Pekasam Bakar


Bahan-Bahan:

3 tangkai cili padi (hiris)
2 ulas bawang merah(hiris)
2 ekor ikan pekasam (bersaiz sedang)
2 helai daun kunyit(pembalut)
sebiji limau nipis atau kasturi

Cara:

cili padi dan bawang merah yang dihiris halus digaul
bersama
ikan pekasam, perahkan sebiji limau nipis atau kasturi
setelah digaul balutkan ikan pekasam dengan daun kunyit.
kemudian sedia dibakar.

Sumber: Fatimah bt Chin


Resepi : Masak Pedas Ikan Pekasam


Bahan-Bahan:
8 tangkai cili padi(tumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
sebiji limau nipis atau kasturi
3 ulas bawang merah(tumbuk)
1 ulas bawang besar(mayang)
1 ekor ikan pekasam
Cara:
ikan pekasam digoreng terlebih dahulu sehingga garing.
angkat dan toskan ikan tersebut.
tumis bawang putih dan merah.
bila hampir garing, masukkan cili yang ditumbuk.
masukkan bawang besar yang dimayang.
apabila semuanya garing, gaulkannya bersama ikan pekasam tadi.
hidangkan...
Tambahan:
perahkan limau nipis bagi menambahkan lagi seleranya.
makan bersama nasi yang panas...

Sumber: Ros Ubaidiah binti Musa


Resepi : Ikan Pekasam Bersalut Telur

Bahan-bahan

2 ekor ikan pekasam
2 biji telur
4 ulas bawang merah~dimayang
3 biji cili merah/cili api dihiris
2 ulas bawang putih dimayang
Minyak untuk menggoreng
1 biji limau nipis

Cara:

1. Pukul telur bersama bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Goreng ikan pekasam sehingga garing.
3. Curahkan telur keatas ikan dan balik2an sehingga telur masak , angkat dan hidangkan
4. Akhir sekali perahkan air asam limau ke atas telur tadi.

Sumber : jie jie's


Resepi : Ikan Pekasam Lemak Jantung Pisang

Bahan-bahan:

3 ekor ikan pekasam (ikan talipia)

1 biji jantung pisang (rebus)

2 cawan santan pekat

Bahan Kisar:

20 tangkai cili padi

6 cm kunyit hidup

6 cm kencur

3 ulas bawang merah

4 biji buah keras

Cara:

1. Ikan pekasam yang telah dibersihkan dimasukkan dalam kuali.

2. Masukkan bahan kisar, garam dan jantung pisang.

3. Tuangkan santan dan renehkan hingga kuah pekat.

4. Kacau sentiasa agar tidak pecah minyak.

Sumber : Saji online